Ramadhan dan Saf | FA Beauty

Friday, 19 July 2013

Ramadhan dan Saf

Almaklum la sekarang ni bulan ramadhon. Kiranya kalau pergi sembahyang terawih tu perkara normal dan bukan tergolong dalam perkara abnormal. Macam biasa, awal puasa penuh surau, tengah-tengah ramadhon, tinggallah 2-3 baris. Tapi bukan ramai ke tak ramai yang aku nak soalkan. dan aku bukan nak ajar cara dan bacaan dalam solat terawih, bukan, ada yang lagi arif untuk berkongsi pada ni.



Persoalan yang aku nak cerita adalah pasal saf. Biasa kita dengar sebelum tok imam mulakan solat, dia ada cakap betulkan saf rapatkan saf. Mereka yang cerdik pandai akan cepat-cepat penuhkan saf yang kosong. penuhkan saf depan dan tengah dulu.



Di sini, tempat yang aku sembahyang terawih ni lain pulak cerita dia, biasalah, selepas solat isyak, ada lah mereka-mereka yang sakit perut, terbatal air sembahyang dan etc etc. Maka solat terawih diteruskan tanpa menunggu mereka. Maka tempat yang kosong dalam saf tadi perlu diisi. Tapi mereka-mereka ini seakan tidak mengerti akan perlunya mengisi tempat saf yang kosong tersebut. Bila disuruh tetap tak mahu berganjak! Ok fine, tapi orang yang di sebelah saf kosong tadi juga sepatutnya perlu mengisi tempat tadi kerana sebetulnya kira perlu mengisi kesosongan di tengah saf. tapi orang di sebelah kosong juga buat-buat tak tahu. jadi solat tetap diteruskan dengan keadaan saf kosong di tengah tidak terisi,



Kalau difikirkan, macam mana nak bersatu kalau sekecil masalah dari saf tidak boleh di atasi? Jauh lagi untuk bersatu mengangkat pedang mempertahankan islam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Friendship