Harga saham tinggi pada tengah hari ini 6 March 2013 | FA Beauty

Wednesday, 6 March 2013

Harga saham tinggi pada tengah hari ini 6 March 2013

Harga saham tinggi pada tengah hari ini 6 March 2013 | KUALA LUMPUR: Harga saham mengakhiri sesi pagi dengan ditutup kukuh tengah hari ini, dengan sokongan belian selanjutnya dalam saham wajaran tinggi yang diterajui UMW Holdings, kata peniaga. 

Mereka berkata, pasaran juga mendapat rangsangan daripada penutupan tinggi di Wall Street yang menyaksikan indeks saham utama AS naik 0.9 peratus dan 1.3 peratus semalaman. 
Pada tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.55 mata kepada 1,648.63, berbanding 1,642.08 semalam. 

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka pada 1,641.29, terapung antara 1,641.29 dan 1,650.06 pada sesi pagi. 

HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd berkata, petunjuk pasaran FBM KLCI mungkin menuju ke arah paras ketahanan segera pada 1,655 di masa hadapan. 

UMW Holdings, yang menyumbang 1.479 mata kepada peningkatan indeks petunjuk pasaran itu meningkat 68 sen atau 1.751 peratus kepada RM13.66. 

Indeks Perladangan naik 22.57 mata kepada 7,885.69, Indeks Perusahaan meningkat 10.10 mata kepada 2,813.41 dan Indeks Kewangan menambah 49.25 mata kepada 15,228.94. 
Indeks FBM Emas melonjak 47.859 mata kepada 11,238.14, FBMT100 meningkat 45.21 mata kepada 11,088.27, Indeks FBM Mid 70 naik 55.561 mata kepada 12,356.62 dan Indeks FBM Ace menokok 14.37 mata kepada 3,968.13. 

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 366 berbanding 191, dengan 281 kaunter tidak berubah, 805 tidak diniagakan dan 27 digantung. 

Jumlah dagangan berjumlah 653.903 juta saham bernilai RM744.635 juta. 

Kaunter cergas, Compugates dan Luster Industries kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada 9.0 sen dan 10.5 sen, manakala Ingenuity Consolidated naik setengah sen kepada 10 sen. 

Saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM9.11, Axiata Group tidak berubah pada RM6.39 dan Sime Darby menokok satu sen kepada RM9.20. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Friendship