Macam mana nak bagi Sos Tiram Tahan Lama | FA Beauty

Tuesday, 2 October 2012

Macam mana nak bagi Sos Tiram Tahan Lama

 Macam mana nak bagi Sos Tiram Tahan Lama |  Actually, saya suka masak sayur goreng lepas tu masukkan sos tiram. Tapi yang tak bestnya dah la sos tiram ni kira mahal la jugak. Lepas tu guna skali sekala je. Sebab bukan rajin sangat nak masak sayur hari-hari. Eh pulak? tadi kata suka masak sayur. eh?

Ok abaikan monolog dalaman tu. So macam mana nak bagi sos tiram ni kekal lama? ada cara ke? ofekos ada cara!



macam ni..ingat ye..bila dah bukak sos tiram tu terus tuang semua sos tiram tu ke dalam bekas tertutup. tupperware ke apple lady ke. ikut lah. yang penting bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. so bila nak guna cedok je dari bekas tadi. Elakkan tuang terus sos tiram dari botol sebab nanti wap masakan masuk dalam botol dan akan merosakkan sos tiram tadi.

So, bila dh amalkan petua ni mesti korang dapat menggunakan sos tiram tadi sampai habis!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Friendship