October 2012 | FA Beauty

Tuesday, 2 October 2012

Macam mana nak bagi Sos Tiram Tahan Lama

 Macam mana nak bagi Sos Tiram Tahan Lama |  Actually, saya suka masak sayur goreng lepas tu masukkan sos tiram. Tapi yang tak bestnya dah la sos tiram ni kira mahal la jugak. Lepas tu guna skali sekala je. Sebab bukan rajin sangat nak masak sayur hari-hari. Eh pulak? tadi kata suka masak sayur. eh?

Ok abaikan monolog dalaman tu. So macam mana nak bagi sos tiram ni kekal lama? ada cara ke? ofekos ada cara!



macam ni..ingat ye..bila dah bukak sos tiram tu terus tuang semua sos tiram tu ke dalam bekas tertutup. tupperware ke apple lady ke. ikut lah. yang penting bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. so bila nak guna cedok je dari bekas tadi. Elakkan tuang terus sos tiram dari botol sebab nanti wap masakan masuk dalam botol dan akan merosakkan sos tiram tadi.

So, bila dh amalkan petua ni mesti korang dapat menggunakan sos tiram tadi sampai habis!

Monday, 1 October 2012

Cara nak bagi Ayam Goreng Wangi dan Sedap

Cara nak bagi Ayam Goreng Wangi dan Sedap | Ayam goreng memang kegemaran ramai especially budak-budak. Ye lah kalau hari-hari nak makan KFc mau kopak jugak duit. So ada cara mudah nak hasilkan ayam goreng sedap dan wangi macam ala2 KFC.

Jom!! korang boleh buat sendiri ayam goreng yang sedap dan wangi menarik selera makan. Jom sedia nak copy?



  1. Bersihkan ayam yang telah dipotong. Ikut la nak potong macam mana pun.
  2. Ambil sedikit halia, kunyit hidup (nak guna serbuk pun boleh tapi kunyit hidup lagi kaww), serai, bawang   putih dan garam.
  3. Tumbuk semua bahan tadi hingga lumat then lumurkan pada ayam. Perapkan ayam seketika.
  4. Lepas tu macam biasa, goreng guna minyak yang panas.
  5. Siap untuk melantak!!
Ok itu saja..mudah dan simple. Tak de la sebijik macam kfc tapi ok lah up sikit selera boleh makan dengan nasi panas2 or makan begitu saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Daisypath - Friendship